SPINAL CORD INJURY

Apa itu kecederaan saraf tunjang (spinal cord injury)?
Kecederaan saraf tunjang adalah kerosakan pada saraf tunjang yang mengakibatkan kehilangan fungsi seperti mobiliti atau deria rasa.

Kecederaan saraf tunjang boleh disebabkan oleh :
1) Trauma - kemalangan jalan raya, kecederaan sukan, jatuh, dan akibat keganasan
2) Bukan trauma  - jangkitan kuman, masalah salur darah, ketumbuhan, kanser, nutrisi, usia tua, osteoporosis, metabolik dan inflamasi

SCI boleh dikategorikan kepada dua kumpulan besar iaitu :
1) paraplegia - kehilangan fungsi daripada pinggang ke bawah
2) tetraplegia/quadriplegia - kehilangan fungsi leher ke kaki

Kehilangan fungsi ini juga melibatkan organ2 penting yg mengawal kestabilan fungsi tubuh badan kita seperti paru-paru/pundi kencing mahupun sistem pembuangan najis.

Setiap level tulang belakang boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori :
1) cervical ( C1-C8)
2) thoracic ( T1 - T12)
3) lumber ( L1 - L5)
4) Sarcal ( S1 - S5)

Setiap level ini berfungsi bagi mengawal dan menghantar signal daripada otak ke anggota yg terlibat melalui perantaraan saraf tunjang sebagai penyambung maklumat yang cuba disampaikan dan tindakan yang harus dilakukan. Itulah kepentingan saraf tunjang kepada tubuh makhluk bernyawa seperti manusia.

Bagi menentukan tahap kecederaan dan kesan kecederaan SCI ini boleh diklasifikasikan kepada 5 gred. Klasifikasi ini dipandukan berdasarkan International Standard Neurological Classification Of Spinal Cord Injury (ISNCSCI), kajian yang dilakukan oleh American Spinal Injury Association (ASIA).

Menurut ASIA Gred tersebut miliputi kajian terhadap pesakit SCI berdasarkan laporan neurologi, ransangan neurologi, deria sentuhan dan rasa yang membawa kepada beberapa gred. Ianya turut melibatkan pemeriksaan kekuatan otot.

Bagi kekuatan otot pula boleh dikategorikan kepada 6 tahap :
1) Gred 0 - tiada kekuatan langsung
2) Gred 1 - hanya mampu mengerakan sedikit otot
3) Gred 2 - boleh mengerakkan otot sepenuhnya tetapi terbatas
4) Gred 3 - mampu mengerakkan otot sepenuhnya
5) Gred 4 - mampu mengerakkan otot sepenuhnya dan mengatasi halangan
6) Gred 5 - Kekuatan penuh (normal)

Setelah semua ujian kekuatan dan lain dilakukan menurut ASIA SCI boleh dikategorikan sebagai :
1) Gred A - sepenuhnya cedera, tiada langsung pergerakan (motor), tiada fungsi deria rasa (panas, sejuk, sakit mahupun sentuhan lembut atau kasar)
2) Gred B - deria rasa tidak sempurna, deria rasa berfungsi dan kemahiran motor terhad
3) Gred C - pergerakan kemahiran motor tak sempurna, dan kekuatan otot dibawah gred 3
4) Gred D - pergerakan Kemahiran motor tidak sempurna tetapi memiliki kekuatan otot diatas gred 3
5) Gred E - Normal,fungsi motor dan deria rasa kembali seperti semula.

Selain itu kecederaan SCI boleh dikategorikan sebagai "complete" dan " incomplete ".
1) Complete : semua fungsi di bawah kawasan yang cedera hilang sama ada saraf tunjang itu putus atau tidak
2) Incomplete : kemahiran motor berfungsi tetapi deria rasa tidak berfungi atau deria rasa berfungsi tetapi kemahiran pergerakan motor tidak berfungsi.

Bagi menentukan tahap sebenar SCI ini beberapa ujian klinikal dilakukan diantaranya pemeriksaan fizikal, Ujian MRI dan sebagainya.

Info dari fb : Haziq Mohammad






...

Comments