PAINKILLER
Anda sudah tentu terbiasa dengan perkataan
‘PAINKILLER’. Tujuan ubat ini dicipta
bagi melegakan sakit kepala,sakit sendi,sakit otot dan sebagainya. Terdapat
banyak jenis ‘PAINKILLER’ yang terdapat dipasaran salah satu nya adalah
PARACETAMOL. Namun ada segelintir dari
kita takut akan pengambilan ubat ini kerana takut akan kesan sampingan nya.
Hari ini kita akan bahaskan tentang pengambilan ‘PAINKILLER’ dengan cara yang
betul.
PUNCA SAKIT
Sakit merupakan isyarat badan
yang bertindak memberitahu bahawa system badan terganggu atau cedera.
Sakit bukan lah sejenis penyakit namun ia diketegorikan sebagai gejala.
Sakit boleh berpunca dari kecederaan fizikal seperti patah tulang ,terbakar
atau terseliuh. Namun ada juga sakit berpunca dari kejadian semulajadi
seperti sakit contraction semasa dalam aktiviti sukan lasak.
BAGAIMANA SAKIT BERMULA
Sakit berlaku apabila terjadi sesuatu yang diluar kemampuan sel. Maka
akan berlakulah tindak balas yang dikenali sebagai radang. Sel akan membebaskan
sejenis bahan kimia yang dipanggil reseptor sakit. Reseptor sakit ini
menghantar isyarat ke otak yang akan menterjemahkan isyarat sebagai rasa sakit.
BAGAIMANA PAINKILLER BERTINDAK BALAS
PAINKILLER akan menganggu perjalanan isyarat sakit yang sedang
dipindahkan dari saraf ke otak dan seterusnya akan mengurangkan
jumlah rasa sakit. Walaupun PAINKILLER tidak mengubati punca rasa sakit, ianya
akan melegakan buat seketika dan membolehkan
pesakit meneruskan aktiviti hariannya.
PENGAMBILAN PAINKILLER
Dokter akan membekalkan PAINKILLER bergantung kepada sakit yang
dialami. Pengambil ubat ini secara betul
sepertimana arahan doktor atau ahli farmasi dapat mengelakkan dari ketagihan atau pun overdose. Dos yang biasa
diberikan ialah 500mg tiga kali sehari selepas makan .
KEBAIKKAN PAINKILLER
Ada diantara kita lebih suka menahan kesakitan daripada mengambil PAINKILLER sehingga menjejaskan
aktiviti hariannya. Dan akan ada diantara mereka mengalami demam dan paling
membimbangkan adalah tekanan darah naik dan menyebabkan terjadi nya komplikasi
penyakit yang lain.
PAINKILLER bertujuan untuk mengelakkan kita dari menanggung sakit yang melampau sehingga menyebabkan demam dan tekanan darah
naik. Pengambilan ubat ini secara betul dapat membantu mempercepatkan proses
pemulihan. Walaupun PAINKILLER tidak menyembuhkan sakit itu sendiri, sekurangnya
kita tidak perlu menanggung kesakitan itu terlalu lama, betul tak ?
Tidak dinafikan ubat ini mempunyai kesan sampingan. Namun ia
menjadi bahaya jika kita terus menerus bergantung kepada nya sehingga
menyebabkan ketagihan,dan beranggapan
sakit tidak akan sembuh jika ubat ini tiada. Kesan dari salah guna ubat
ini akan timbul komplikasi buah pinggang dikemudian hari .
Namun masyarakat hari ini gemar membuat andaian sendiri tentang
kesan pengambilan ubat ini dan terlalu memikirkan akan keburukan ubat ini dari
kebaikkan nya dek kerana kata kata orang yang tidak mempunyai asas perubatan. Persepsi
ini lah yang perlu kita ubah. Kesimpulan
nya PAINKILLER akan memberi impak yang baik kepada pesakit jika diambil dengan
cara yang betul dan atas nasihat doktor.
Comments
Post a Comment