Spinal Cord Injury (Kecederaan pada saraf tunjang)
Apa itu Spinal Cord Injury?
Apakah kesan kecederaan Saraf Tunjang?
Antaranya seperti:
Selepas kecederaan saraf tunjang berapa banyak fungsi boleh dipulihkan? Semasa kecederaan, saraf tunjang boleh membengkak. Apabila bengkak ini berkurangan, beberapa fungsi boleh kembali.
Senaman yang intensif boleh membantu dalam meningkatkan kebolehan berfungsi bebas. Program latihan intensif boleh membantu dari segi:
Love your life....
Medyna Physio And Rehab Services
Apa itu Spinal Cord Injury?
Kecederaan saraf tunjang adalah kerosakan pada saraf tunjang yang mengakibatkan kehilangan fungsi seperti mobiliti atau deria rasa.
Kecederaan saraf tunjang boleh disebabkan oleh:
1) Trauma - kemalangan jalan raya, kecederaan sukan, jatuh, dan akibat keganasan
2) Bukan trauma - jangkitan kuman, masalah salur darah, ketumbuhan, kanser, nutrisi, usia tua, osteoporosis, metabolik dan inflamasi
Kecederaan kepada saraf tunjang menyebabkan kehilangan fungsi saraf, anggota badan dan organ-organ di bawah aras kecederaan saraf tunjang.
Apakah kesan kecederaan Saraf Tunjang?
Antaranya seperti:
- lumpuh dari pinggang ke bawah (paraplegia) atau keempat tangan dan kaki (tetraplegia)
- kemurungan, keletihan
- masalah menelan
- masalah pernafasan
- masalah jantung dan sistem pengaliran darah
- masalah usus dan kawalan pembuangan najis
- masalah pembuangan dan kawalan air kencing
- masalah seks dan infertiliti
- kudis tekanan (bed sore)
- kelemahan dan kekejangan otot
- kekebasan dan kesakitan
- kekerasan sendi
- osteoporosis (tulang rapuh)
Selepas kecederaan saraf tunjang berapa banyak fungsi boleh dipulihkan? Semasa kecederaan, saraf tunjang boleh membengkak. Apabila bengkak ini berkurangan, beberapa fungsi boleh kembali.
Senaman yang intensif boleh membantu dalam meningkatkan kebolehan berfungsi bebas. Program latihan intensif boleh membantu dari segi:
- Meningkatkan jisim otot
- Meningkatkan aktiviti otot
- Meningkatkan peredaran darah
- Meningkatkan sensasi
- Mencegah penurunan kepadatan mineral tulang
- Meningkatkan kualiti hidup
- Meningkatkan kemerdekaan dalam aktiviti kehidupan harian dan aktiviti pekerjaan
- Mengurangkan kerosakan tisu kulit dan masalah kesihatan lain yang berkaitan dengan kecederaan saraf tunjang
Balance exercise
Punching exercise
Standing exercise
Stretching exercise
Push up
Gait Training
Pemulihan masalah kecederaan saraf tunjang mungkin berlainan bagi setiap pesakit mengikut level kecedaraan. Apa yang penting, semangat dan usaha yang berterusan pastinya membuahkan hasil yang positif.
Medyna Physio And Rehab Services
Comments
Post a Comment