Tulang merupakan salah satu jenis struktur yang
terhasil oleh sel dan diperkuat dengan kalsium. Tahukah anda,
apabila anda mengalami patah tulang akibat kecederaan atau trauma, tulang anda
akan melalui proses penyembuhan selepas daripada kecederaan berlaku. Proses ini
akan berlaku dalam suatu had masa bergantung kepada jenis tulang yang patah. antara
bahagian yang mudah untuk terjadi patahnya tulang ialah di bahagian
pergelangan tangan, pergelangan kaki dan pinggul, namun patah tulang pinggul sering
terjadi pada warga emas.
Antara penyebabkan terjadinya patah tulang:
·
Kemalangan
·
Kecedera ketika bersukan
·
Jatuh dari tempat yang tinggi
·
Tulang rapuh (osteoporosis)
Biasanya seseorang yang mengalami patah tulang akan merasakan
suatu gejala seperti :
- · Sakit yang mencucuk atau ngilu
- Bengkak
- Kemerahan
- Terasa suam atau panas pada bahagian yang tercedera
- Tidak mampu untuk bergerak
- Sakit bila digerakkan
Terdapat beberapa jenis tulang patah,diantaranya :
Proses penyembuhan tulang
Tulang yang mengalami kepatahan atau retak akibat kecederaan
akan melalui proses penyembuhan tulang. Proses penyembuhan tulang patah ini
boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat: keradangan,
penghasilan sel tulang baharu dan pembentukan tulang.
- Peringkat
keradangan
Peringkat keradangan bermula sejurus berlakunya
kecederaan yang melibatkan patah tulang. Peringkat ini lazimnya mengambil masa
sehingga seberapa hari selepas kecederaan. Keradangan di bahagian tulang yang
patah atau retak terjadi apabila pendarahan berlaku di kawasan tersebut,
menyebabkan proses pembekuan darah berlaku di kawasan yang terjejas. Proses ini
menyediakan struktur primer yang stabil bagi penghasilan sel tulang baharu
kelak.
- Peringkat
penghasilan sel tulang baharu (bone production)
Peringkat kedua ini bermula apabila darah yang membeku
tadi digantikan dengan tisu berserat (fibrous tissues) dan tisu rawan
yang juga dikenali sebagai kalus lembut (soft callus). Sepanjang proses
penyembuhan, kalus lembut akan beransur-ansur menjadi kalus keras (hard
callus). Kalus keras akan terlihat dalam imbasan sinaran X selepas beberapa
minggu.
- Pembentukan
tulang (bone remodeling)
Peringkat akhir proses penyembuhan tulang akan mengambil
masa beberapa bulan. Tisu tulang akan berterusan terbentuk dan menjadi padat
sehingga mencapai komposisi tulang normal. Peredaran darah di sekitar kawasan
tulang juga akan meningkat menjadi lebih baik. ‘Weightbearing’ seperti
berdiri atau berjalan boleh meningkatkan lagi proses pembentukan tulang.
Berapa lama masa diambil untuk tulang benar-benar sembuh?
Tulang secara amnya mengambil masa enam hingga 12 minggu untuk benar-benar sembuh. Adalah menjadi kelaziman bagi kanak-kanak untuk sembuh lebih cepat berbanding orang dewasa. Pakar bedah tulang kaki akan menentukan bila masanya pesakit boleh melakukan weightbearing di kawasan yang patah. Hal ini bergantung kepada lokasi dan keparahan kecederaan yang dialami oleh pesakit selain mengambil kira jenis pembedahan yang dilakukan keatas pesakit dan faktor-faktor lain.
"Dalam proses penyembuhan tulang yang patah, rawatan
fisioterapi berperanan untuk mengekalkan pergerakan sendi yang berkaitan dengan
tulang yang patah. Fisioterapi juga membantu untuk mengekalkan kekuatan
otot-otot yang berkaitan. Dapatkan rawatan FISIOTERAPI terbaik untuk anda kembali kepada tahap aktiviti fizikil paling optimum,tempah slot anda sekarang di MEDYNA PHYSIOTHERAPY "
Comments
Post a Comment