Tips turunkan BERAT badan



Anda ada masalah berat badan berlebihan atau obesiti?

Ingin hidup secara sihat dan cerdas?

Ketahui tips-tips mengurangkan berat secara efektif.

1. MINUM AIR KOSONG/MINERAL

Tahukah anda air tin atau minuman bertenaga seperti Redbull dan 100Plus mengandungi lebih 100 kalori? Manakala air kosong/mineral mempunyai 0 kalori! Ya KOSONG kalori. Mudahkan cara mengurangkan berat badan??

2. KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN PUTIH

Makanan putih? Kajian menunjukkan makanan berwarna putih sememangnya mempunyai kandungan gula yang tinggi. Makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi sememangnya memberi tenaga kepada kita, tetapi sekiranya tenaga itu tidak digunakan, badan akan menyimpan kandungan gula itu dan akan ditukarkan menjadi lemak. Contoh-contoh makanan putih seperti NASI, TEPUNG, GULA, SANTAN dan pelbagai lagi.

3. BERHENTI MEROKOK

Merokok mempunyai kaitan dengan berat badan kita. Bahan-bahan kimia di dalam rokok merosakkan organ-organ dalaman manusia seperti jantung, paru-paru dan otot-otot badan. Ini menyebabkan badan kita cepat keletihan, dan perasaan malas untuk bersenam akan timbul. Berhentilah merokok, mana mungkin anda akan rasa lebih sihat walaupun anda selalu bersenam sekiranya tidak berhenti merokok.

4. BERSENAM SEKURANG-KURANGNYA 3-4 KALI SEMINGGU

Bersenam sekurang-kurangnya 20-30 minit untuk setiap sesi senaman akan mengurangkan berat badan anda dan risiko untuk mendapat penyakit lemah jantung.

5.MAKAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN

Kajian menunjukkan pengambilan buah-buahan yang berjus seperti epal, oren dan tembikai mampu membantu badan untuk membakar lebih kalori ketika kita bersenam. Pengambilan buah-buahan sangat digalakkan, tetapi pengambilan secara berlebihan sangat ditegah. Ini kerana buah-buahan juga mengandungi kalori.

So, live your life healthier. Ubah cara hidup kita, ubah tabiat pemakanan kita, luangkan masa untuk bersenam!



..

Comments