Ankle Sprain. Apa tue?

TAHUKAH ANDA?

APA ITU..

ANKLE SPRAIN @ TERGELIAT DI BAHAGIAN ANKLE

Ianya merupakan satu kecederaan yang paling kerap berlaku dan juga paling mudah terjadi pada manusia, kebanyakan kecederaan ini berlaku pada bahagian lateral (tepi) atau medial (dalam), dan ianya mudah terjadi kerana kesilapan kita dalam memindahkan berat badan pada melakukan pusingan atau memijak.

Apakah simptom yang terhasil?

Semestinya adalah sakit, pesakit selalunya tidak mampu berdiri atau berjalan, selalunya pergelangan kaki akan membengkak dan juga bertukar warna kebiru-biruan jika berlaku kekoyakan ligament. Ianya akan menjadi lebih parah jika pesakit memaksa kaki yang cedera itu berjalan.

Apakah cara merawat Ankle Sprain?

Pembedahan bukanlah satu pilihan bagi pesakit jika mengalami masalah ankle sprain , walaupun kadang kadang kelihatan amat parah tetapi ligament ini secara semula jadi akan sembuh dengan sendirinya.

Malah kecederaan ligament ini akan di kelaskan dalam grad bergantung kepada tahap kecederaan.

Dalam sitiuasi begini rawatan dalam tempoh 48 jam dan 72 jam ,adalah dengan merehatkan ankle serta meletakkan ais pada kaki yang cedera dalam tempoh 20 min setiap 3 jam dan 4 jam, rawatan lebih efektif jika dicompress dengan bandage dan ditinggikan kedudukan kaki bagi melancarkan perjalanan darah dan juga mengurangkan bengkak.

Bagi pesakit yang mengalami masalah tidak boleh bergerak atau di isolatekan oleh pergerakan ankle, mereka digalakkan untuk menggunakan removable walker boot. Ianya merupakan contoh alternatif bagi mereka yang boleh pijak apabila mengalami sprain ankle. Cara yang orthodox atau lama, kebanyakan ankle mereka ini akan di isolatekan menggunakan cast.

Berapakah lama tempoh penyembuhan kaki pesakit?

Penyembuhan bagi kaki pesakit bergantung kepada tahap kecederaan yang berlaku kerana bagi grade 1, pesakit sudah boleh memulakan aktiviti harian setelah 5 hari atau 7 hari, bagi grade 2 dan 3 ianya mungkin mengambil lebih masa iaituf dalam 2 minggu ke 4 minggu bergantung kepada tahap kecederaan yang berlaku.

Selalunya masalah ankle sprain ini dalam 80 - 90% akan sembuh dengan sendiri, tetapi bagi pesakit yang terlalu kerap mengalami masalah ankle sprain ini, ianya dipanggil instability ankle, bagi yang terlalu kerap, pembedahan merupkan opsyen yang terbaik. Ianya perlu di diagnosiskan oleh pakar tulang bagi mengetahui tahap mana kecederaan itu berlaku.






....

Comments