BADAN TAK CANTIK ? BONGKOK KE






Adakah memiliki postur yang baik penting untuk kehidupan seharian kita?

Jawapannya, YA.  Ini kerana kedudukan postur yang teruk boleh menyebabkan tulang terbentuk secara tidak normal.

Mempunyai postur yang tidak baik akan mengalami kesakitan kronik pada tangan, leher dan bahu serta kecederaan gerakan berulang seperti sindrom carpal tunnel. Sebahagian besar penyakit ini boleh dicegah dan disingkirkan jika perhatian diberikan kepada kedudukan postur yang baik,

Antara punca terjadinya masalah posture adalah :
·        
  •       Gaya hidup kita.
  •       Mengangkat barang berat dengan cara salah.
  •       Penggunaan beg galas yang berat.
  •       Menghabiskan masa yang lama di hadapan computer.
  •       Membongkokkan tubuh sewaktu berjalan atau makan.  
Image result for POSTURE CARTOON


Jadi, apakah itu kedudukan postur yang baik?

Kedudukan postur yang baik boleh mencegah keletihan otot dan sakit belakang, mengurangkan kehausan pada sendi, ligamen, tulang serta dapat menyumbang kepada penampilan yang lebih menawan.
Image result for HANDSOME CARTOON


Kedudukan postur yang baik dapat memastikan tekanan pada otot dan ligamen dikurangkan,  Postur adalah kedudukan tubuh seseorang  sewaktu berdiri mahupun duduk atau berbaring. Ia memerlukan keseimbangan otot dengan tulang belakang, fleksibiliti otot dan gerakan normal pada bahagian sendi.


Mereka yang memiliki kedudukan postur yang baik akan sedar apabila berlaku sebarang perubahan pada postur itu. Postur terbentuk daripada satu kombinasi kawalan otot yang baik, kekuatan dan keyakinan diri. Mereka yang mempunyai kedudukan postur yang baik duduk dengan tegak dan kepala mendongak.


 Cara membetulkan Postur anda

  •  Latihan fisikal tak perlu lama, cukup 10 minit setiap hari untuk melakukan peregangan dan   senam ringan. 
  •  Postur yang baik adalah bila kedua telinga berada sejajar dengan bahu, bukan lebih kehadapan   atau ke belakang.
  •  Usahakan untuk selalu duduk dalam posisi tegak bila bekerja mengunakan komputer.
  •  Bernafas dengan teknik yang betul dan efisien juga membantu memberi oxsigen yang diperlukan badan kita bagi membentuk postur baik.             
  • Selalu perhatikan posisi badan, jangan bongkok, sama ada ketika sedang bekerja,memandu,atau melakukan aktiviti harian.
  • Jangan menyilangkan kaki,posisi yang betul ketika duduk adalah meletakkan kedua kaki di lantai,bukan menyilangkan salah satunya.
  • Latihan yoga baik untuk membantu memperbaiki postur.
  • Cubalah untuk selalu berdiri dan berjalan dengan posisi badan tegak, bukan membongkok atau tulang punggung melengkung.
Image result for POSTUR TEGAK

Image result for POSTUR TEGAK

Comments