PENYEBAB KECEDERAAN
HAMSTRING
Kecederaan Hamstring biasanya akan terjadi kepada mereka
yang menggemari aktiviti sukan lasak. Terutamanya yang melibatkan sukan jenis
berlari dan berhenti secara tiba-tiba. Ini menyebabkan otot digunakan secara
maksimum sehingga pada satu tahap mengalami kecederaan dan kejang otot.
Faktor usia turut menyumbang kepada kecederaan hamstring. Ada kes yang tak mampu berjalan dan memerlukan bantuan tongkat. Dalam situasi ini anda perlu mendapat rawatan segera R.I.C.E dan mengelakkan diri dari H.A.R.M. Tanda-tanda anda mengalami hamstring strain sewaktu aktiviti adalah :
Faktor usia turut menyumbang kepada kecederaan hamstring. Ada kes yang tak mampu berjalan dan memerlukan bantuan tongkat. Dalam situasi ini anda perlu mendapat rawatan segera R.I.C.E dan mengelakkan diri dari H.A.R.M. Tanda-tanda anda mengalami hamstring strain sewaktu aktiviti adalah :
- Sakit dan tegang menusuk dibahagian belakang peha apabila otot hamstring menganjal melebihi tahap maksimumnya.
- Otot akan mula membengkak dalam masa beberapa jam selepas itu.
- Selepas mengalami kecederaan hamstring , kebiasaannya lutut tidak boleh dibengkokkan melebihi 30° atau 40° atau diluruskan tanpa mengalami kesakitan.
- Perubahan warna sepanjang bahagian belakang kaki dan disertai dengan rasa lemah-lemah otot.
Gred 1:
- Biasanya
kaki boleh menjadi cramp & berasa sakit apabila otot
digerakkan.
Gred 2:
- Kurang
kronik. Lebih teruk daripada Gred 1 kerana kesakitan lebih dirasai apabila
otot bergerak. Lebih banyak otot tercedera mungkin
Gred 3:
- Kes
kronik. Otot koyak sampai boleh nampak pendarahan dalaman kalau dibiarkan
beberapa hari.
RAWATAN UNTUK PULLED HAMSTRING (P.R.I.C.E.) :
Protection
·
Jenis
perlindungan yang digunakan adalah berbeza bergantung kepada kawasan yang
cedera (bandage, aluminum splint, sling, protective tape,knee guard)
Rest
- Rehat
yang secukupnya sekurang-kurangnya
-
3 minggu untuk Gred 1
-
4-6
minggu untuk Gred 2
-
3 bulan
untuk Gred 3.
Ice
- Ais
perlu diletakkan pada bahagian yang tercedera tidak lebih daripada 10-15
minit dalam satu-satu masa. Jangan letak secara terus tanpa lapik.
Compression
- Balut
kaki yang tercedera supaya pergerakan terhad & mengurangkan pengaliran
darah.
Elevation
- lebih tinggi daripada paras jantung untuk mengurangkan
bengkak
#Peluang untuk anda
sembuh dapat dibantu dengan mengelakkan faktor H.A.R.M dalam masa 48 ke 72 jam
yang pertama.
APA
ITU (H.A.R.M) ?
· Heat/
haba: boleh menambah bengkak dan pendarahan. Elakkan pek panas, mandian panas
dan sauna.
· Alcohol/
alkohol: boleh menambah bengkak dan pendarahan, dan boleh menyebabkan penyembuhan
menjadi lambat
· Running/
senaman: boleh memburukkan lagi keadaan dengan menambah kesakitan, bengkak
dan pendarahan. Sentiasa dapatkan nasihat doctor atau ahli fisioterapi sebelum
memulakan senaman.
· Massage/
urutan: Boleh menambah bengkak dan pendarahan. Urutan secara terus kepada
tempat yang cedera boleh memburukkan lagi keadaan dan biasanya dielakkan dalam
masa 48 ke 72 jam yang pertama. Sila berunding dengan PHYSIOTHERAPY
bagi mendapatkan nasihat terbaik untuk kecederaan anda.
Comments
Post a Comment