Plantar Fasciitis punca tumit menyucuk?

Assalamualaikum.. Selamat Sejahtera..😀😀

Hari ini kami ingin kongsikan tentang Plantar Fasciitis.

TAHUKAH ANDA?
APA ITU PLANTAR FASCIITIS??

Plantar fasciitis punca tumit 'menyucuk'!

Sakit pada kedua-dua tumit seperti yang digambarkan terutamanya pada waktu pagi atau setelah lama berehat merupakan apa yang dinamakan plantar fasciitis.

Terdapat banyak sebab lain yang menyebabkan kesakitan pada tumit akan tetapi plantar fasciitis ini lazimnya berlaku kepada pesakit dalam lingkungan 40 hingga 60 tahun.

Ia lazimnya dikaitkan dengan jenis kasut yang dipakai terutamanya yang bertumit tinggi dan bertapak atau in-sole yang keras pada jangka masa yang lama, iaitu dari usia yang muda.

Kesan daripada itu menyebabkan tarikan atau traction kepada plantar fascia yang terletak pada tapak kaki dan fascia atau ligamen ini terikat kepada dasar tulang tumit dikenali sebagai calcaneum.

Kesakitan yang dirasai adalah kesan daripada keradangan yang dihasilkan dari traction yang berulang-ulang ke atas plantar fascia atau ligamen tapak kaki.

Pemeriksaan akan menunjukkan terdapat kesan sakit pada tumit kaki apabila ditekan kuat dan di situlah keradangan yang paling kuat berlaku pada tapak kaki saudara.

Pemeriksaan imbasan sinar-X tumit juga boleh menunjukkan kesan traction dilihat dengan terhasilnya calcaneal spur atau reaksi tulang tumit calcaneum membentuk spur yang tajam dan tebal seolah-olah mencucuk tapak kaki.

Rawatan untuk plantar fasciitis adalah selalunya konservatif dengan penggunaan ubat-ubatan anti-keradangan dan juga menukar jenis kasut yang digunakan kepada yang lebih lembut tapaknya, tanpa tumit yang tinggi dan keras.

Lazimnya doktor anda akan menyarankan suntikan anti-keradangan yang paling efektif iaitu 'kenacort', sejenis kortikosteroid antiradang yang sangat berkesan terus ke kawasan tumit yang sakit.

Berikut merupakan exercise utk Plantar Fasciitis. Selamat Mencuba!






..





Comments