Hidroterapi (Fisioterapi Akuatik) boleh membantu melegakan kesakitan, menggerakkan sendi, menguatkan otot, melatih keseimbangan, dan meningkatkan kecergasan fizikal, Ini adalah satu bentuk rawatan fisioterapi khusus, yang dijalankan di kolam renang. Dengan
menggabungkan teknik rawatan fisioterapi berasaskan tangan dan latihan khusus
yang diselia oleh fisioterapi yang mahir dalam Fisioterapi
Akuatik, hidroterapi membantu mendapatkan semula serta meningkatkan
kesihatan fizikal dalam suasana santai.
Aktiviti yang dijalankan semasa sesi hidroterapi membolehkan pesakit berasa selesa serta melancarkan pergerakan apabila air
menyokong berat badan. Kekuatan otot dan kestabilan dapat dilatih dengan lebih berkesan menggunakan rintangan air. Namun anda tidak perlu berasa bimbang kerana kemahiran untuk berenang tidak diperlukan dalam hidroterapi kerana kepala anda tidak perlu masuk ke dalam air.
Ahli fisioterapi akan berada di dalam kolam bersama pesakit sepanjang sesi hidroterapi untuk memberi arahan kepada pesakit tentang latihan yang sesuai untuk keadaan mereka. Ahli fisioterapi kami menggunakan kemahiran dan pengetahuan terbaru
dalam hidroterapi dan menilai semula tahap pemulihan pesakit secara berkala.
(gambar hiasan)
Kebaikan Hidroterapi
- Mengurangkan kekejangan otot
- Membantu melegakan kesakitan.
- Pesakit tidak perlu berenang untuk mendapat manfaat daripada hidroterapi
- Graviti ditampung oleh daya keapungan.
- Menguatkan daya ketahanan otot.
- Mempertingkatkan keseimbangan dan kestabilan
- Latihan yang santai serta meningkatkan keyakinan diri
- · Sakit belakang
- Sakit leher
- Kecederaan sukan
- Tendinopati
- Masalah imbangan / koordinasi
- Bahu dan lengan sakit
- Osteoarthritis
- Rheumatoid Arthritis & Fibromyalgia
- Ankylosing Spondylitis
- Penyakit Parkinson
- Strok
- Cerebral Palsy
- Sakit pelvis (pinggul) semasa mengandung
- Kecederaan yang berkaitan dengan kerja dan kemalangan
- Pemulihan selepas kepatahan tulang, penggantian sendi atau pembaikan tendon
Comments
Post a Comment