OSTEOARTHRITIS LUTUT

Perawatan Fisioterapi ke atas Lutut Osteoarthritis (OA)

Apa itu osteoarthritis (OA) Lutut ?
Osteoarthritis (OA) sendi lutut ialah arthritis yang paling kerap dihidapi. Ia di laporkan sebagai salah satu daripada permasalahan kesihatan sejagat.
Apa yang berlaku pada sendi lutut osteoarthritis (OA)?
Osteoarthritis (OA) Lutut berpunca daripada proses penipisan lapisan tulang rawan (cartilage) yang berlaku secara beransur-ansur dan mengakibatkan keradangan. Fungsi utama lapisan rawan ini adalah untuk menyerap daya hentakan. Dengan kondisi osteoarthritis, pergerakkan sendi akan mula kurang Keadaan ini akan menyebabkan kesakitan dan boleh menghadkan aktiviti harian individu terbabit. Bagi golongan yang berumur, kondisi ini akan bertambah teruk disebabkan oleh pengurangan penghasilan cecair pelincir di dalam sendi.
Sendi lutut penghidap Osteoarthritis (OA) akan melalui beberapa perubahan seperti berikut:
  1. Penipisan lapisan rawan yang akan mengakibatkan ruangan antara sendi menjadi rapat.
  2. Penonjolan tulang (osteophytes) pada keliling permukaan sendi.
  3. Pengurangan penghasilan cecair pelincir di dalam sendi.
  4. Pergeseran di antara permukaan sendi yang mengakibatkan rasa sakit dengan setiap pergerakan yang membebankan sendi lutut
Simptom apakah yang akan dialami oleh penghidap lutut osteoarthritis?
  • Kekerasan dan kesakitan sendi lutut terutamanya di waktu pagi.
  • Otot semakin mengecil di sebabkan kurang melakukan aktiviti.
  • Geseran permukaan sendi berbunyi klik dan menyakitkan.
  • Bengkak di sebabkan keradangan dalaman sendi.
  • Pergerakan yang terbatas menyebabkan hidup yang kurang berkualiti dengan kefungsian yang tidak optimum.
Prevalen dan punca
  • Umur - Lebih kurang 9.3% di kalangan rakyat Malaysia menghidapi osteoarthritis lutut. 23% daripadanya berumur lebih daripada 55 tahun manakala 39% daripadanya berumur lebih daripada 65 tahun.
  • Jantina - Wanita lebih cenderung mengalami osteoarthritis lutut berbanding dengan lelaki.
  • Kecederaan Bersukan - Individu yang mempunyai sejarah kecederaan lutut adalah 6 kali ganda berisiko untuk menghidapi osteoarthritis.
  • Aktiviti seharian - Aktiviti mencangkuk atau berdiri lama lebih cenderung untuk menyebabkan osteoarthritis lutut
  • Body Mass Index (BMI) - Berat badan yang berlebihan meningkatkan risiko osteoarthritis lutut.
Apakah rawatan awal yang anda boleh lakukan ke atas lutut osteoarthritis?
Kaedah PRICE seperti berikut akan dapat membantu mengurangkan kesakitan pada sendi:
  1. Protection - Gunakan alat bantuan berjalan seperti tongkat bagi mengurangkan beban pada lutut yang terlibat.
  2. Rest - Berhenti daripada melakukan aktiviti yang tinggi bebanannya ke atas lutut seperti berdiri lama, menaiki tangga dan mencangkung.
  3. Ice - Rawatan sejuk akan dapat mengurangkan inflamasi di dalam sendi pada peringkat awal dan membantu mengurangkan sakit. Ini akan melancarkan pergerakan sendi serta membantu menguatkan otot. Ada individu yang rasa selesa dengan rawatan haba.
  4. Compression - Teknik elastic bandage akan dapat meningkatkan sistem pengaliran darah.
  5. Elevation - Keradangan pada sendi akan dapat dikurangkan dengan meletakkan kaki tinggi dari paras jantung.
Rawatan apakah yang dijalankan oleh Fisioterapi ke atas osteoarthritis (OA) lutut?
  1. Modaliti untuk mengurangkan sakit - Rawatan haba atau sejuk digunakan bagi mengurangkan sakit pada sendi. Stimulasi electrical dengan mesin TENS atau Interferrential dapat mengurangkan sakit meningkatkan pengaliran darah yang lancar
  1. Senaman - Senaman regangan dan kekuatan harus dilakukan secara berterusan bagi memastikan ketahanan dan fleksibiliti otot. Pada permulaannya, senaman jenis unloading akan diajar bagi mengurangkan kesan trauma ke atas sendi lutut.

3. Latihan keseimbangan - Latihan keseimbangan badan juga penting di dalam meningkatkan stability badan dengan mengekalkan postur yang baik. Latihan ini perlu ditekankan di kalangan golongan warga emas disebabkan keseimbangan badan yang semakin berkurang dengan penuaan


4. Penjagaan sendi- Fleksibiliti, kekuatan dan deria rasa sendi perlu dikekalkan secara optimum bagi memastikan lutut bebas daripada implikasi trauma, beban dan hentakan yang berlebihan.

5. Nasihat kepada pesakit
  1. Golongan yang berumur dinasihatkan untuk berjalan dengan bantuan tongkat bagi mengurangkan bebanan ke atas sendi dan elak daripada terjatuh.
  2. Aktiviti menaiki tangga dan mendaki bukit perlu dikurangkan dan dielakkan supaya kondisi sendi tidak menjadi semakin teruk.

Segeralah pergi ke mana-mana pusat fisioterapi terdekat anda untuk mendapatkan deskripsi senaman dengan betul. Lutut yang sakit boleh mengganggu kegiatan seharian anda dan akan menurunkan kadar kepuasan hidup anda. BERTINDAKLAH SEKARANG..

MEDYNA PHYSIO AND REHAB SERVICES
Jalan Langgar, Alor Setar.
04-7870223 / 019-244 9828

Comments