Trigger Finger




Pengenalan
'Trigger finger' adalah satu keadaan di mana jari anda tersangkut semasa di posisi bengkok. Ia akan mengeluarkan bunyi (´snap´) semasa diluruskan. Dalam keadaan teruk, jari mungkin akan tersangkut dan kekal dalam keadaan bengkok. Ia memerlukan bantuan jari lain untuk diluruskan dan di susuli dengan sakit yang amat sangat.
Sebab
'Trigger finger' adalah disebabkan oleh kesempitan salur tendon di jari kita. Sebab utama kesempitan ini adalah pergerakan menggenggam yang berulang oleh jari yang terlibat. Ia lebih biasa ditemui pada kaum wanita diantara umur 40 - 60 tahun. Risiko untuk mengalami 'trigger finger' adalah lebih pada pesakit diabetes mellitus dan rheumatoid arthritis.
Tanda dan gejala
  • jari yang susah untuk bergerak terutama pada waktu pagi
  • bengkakan yang kecil pada jari yang terlibat
  • tersangkut pada posisi bengkok dan tidak boleh diluruskan
  • bunyi "klik" semasa pergerakan jari
Rawatan
Rawatan 'trigger finger' bergantung kepada gejala yang dialami oleh pesakit. Pada peringkat awal, fisioterapi, latihan senaman jari, merendamkan jari didalam air suam dan urut boleh membantu memulihkan 'trigger finger'.
'Trigger finger' adalah satu keadaan yang tidak bahaya. Keputusan untuk pembedahan kecil bergantung kepada keputusan pesakit ini selalunya disyorkan pada peringkat akhir. Pembedahan akan membuka saluran tendon yang sempit itu supaya tendon dapat bergerak dengan mudah.

 
 Trigger thumb operation

Stretching exercise 

Tendon gliding

Pencegahan
Berehat semasa bekerja adalah digalakkan untuk individu yang menggunakan jari untuk pergerakan berulang (menjahit, menaip komputer atau menulis)

Edited by Nur Sazwani on 5th July 2014

Comments