Fisioterapi di Rumah


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Terima kasih kerana melayari blog ini. Selamat datang ke blog Medyna Physio Centre. Kami berada di Jalan Langgar, Alor Setar. Terletak berdekatan dengan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. https://www.facebook.com/medynaphysiocentre

Tahukah anda, bidang fisioterapi merupakan salah satu cabang dalam perubatan. Mungkin ramai yang mengetahui tentang fisioterapi ini namun terdapat juga yang masih kekurangan maklumat bekenaan apa itu fisioterapi serta kaitannya dengan bidang perubatan.

Fisioterapi adalah singkatan bagi fisio iaitu fisiologi yang membawa makna fungsi dan terapi sama maksud dengan penjagaan.Jadi makna fisioterapi ialah penjagaan atau pemulihan kefungsian. Di Malaysia fisioterapi dikenali sebagai jurupulih perubatan anggota atau pegawai pemulihan perubatan (anggota).
Jika dilihat kini, ramai yang mengalami masalah darah tinggi dan kebanyakannya menjadi lebih kronik apabila berlaku keadaan strok. Kebanyakan strok menyebabkan lemah fungsi anggota dan lumpuh kerana mengalami masalah dengan salur darah dan sebab-sebab lain. Ketidakfungsian atau lemah fungsi anggota itu perlu mempunyai seorang pakar atau ahli fisioterapi untuk menjadikan ia kembali atau meningkatkan lagi kefungsian anggota tersebut.
Berjumpa ahli fisioterapi dengan segera serta mengikuti tahap-tahap latihan secara berperingkat mampu sedikit sebanyak meningkatkan keupayaan otak mempelajari semula pergerakan-pergerakan biasa, dengan itu menyusun kembali laluan-laluan deria rasa dan pergerakan ke otak.

Antara masalah2 lain yang turut dirawat di sini:
  • sakit pinggang
  • sakit leher
  • sakit bahu
  • sakit lutut
  • kebas tangan @ kaki
  • masalah respiratori (batuk berkahak-dewasa&kanak)
  • masalah obesiti
  • tulang patah
Antara rawatan yang disediakan:
  • hotpack/icepack
  • ultrasound therapy
  • infrared
  • TENS electrical stimulation
  • urutan relaksasi 
  • chest physio
Bayaran: Hanya RM 50 ringgit/sesi

Bagi yang mempunyai masalah untuk datang ke pusat fisioterapi kami, kami turut menyediakan perkhidmatan fisioterapi ke rumah anda (Tambahan serendah RM20 akan dikenakan mengikut jarak ke rumah anda).

Kelayakan ahli fisioterapi:
Kami mempunyai ahli fisioterapi yang berkualiti, iaitu graduan dari UiTM, mempunyai pengalaman kerja di salah sebuah hospital swasta ternama di Malaysia selama lebih 3 tahun. Serta mempunyai pengalaman bekerja di beberapa buah hospital di Malaysia.

Kemudahan tempat rawatan:
  • dilengkapi dengan ruang menunggu dan ruang rawatan yang selesa
  • mempunyai penghawa dingin
  • amat berdekatan dengan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
  • Ruang letak kereta yang luas dan selamat
  • berdekatan dengan kedai makan dan kedai serbaneka 24jam =)
Bagaimana untuk mendapatkan rawatan di Medyna Physio Centre @ Rawatan di rumah?
  1. Membuat temujanji dengan menghubungi 019 244 9828
  2. Membuat temujanji di facebook kami https://www.facebook.com/medynaphysiocentre
  3. Datang terus ke pusat fisioterapi kami

#love your life#

Sama2 lah kita berusaha untuk kebaikan kita bersama. Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan dengan penawarnya.. Tugas kita adalah untuk terus berusaha mencari penawarnya..

Kami akan memberi khidmat yang terbaik kepada anda..Anda pasti tersenyum..

Comments