3 PUNCA PALING "GLAMOUR" KENAPA KITA SAKIT BELAKANG

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ni kita nak berkongsi tentang apa punca yang menjadi penyumbang besar sakit belakang.

Sakit belakang merupakan sakit pada bahagian bawah tulang belakang, boleh dikaitkan dengan tulang belakang bahagian lumbar, cakera di antara vertebra, ligamen di sekitar tulang belakang dan cakera, saraf tunjang dan saraf, otot belakang, organ perut dan perut, dan kulit di sekitar kawasan lumbar. Terdapat pelbagai jenis sakit belakang, antaranya:

  • slipped disc
  • spondylosis
  • spondylolisthesis
  • spinal stenosis
  • spondylolysis
  • sciatica pain
  • spine fracture
  • piriformis syndrome
  • scoliosis
  • bone cancer
  • dll



Tetapi, adakah kita tahu sakit belakang yang kita alami adalah jenis yang mana satu? Tanpa rujukan doktor/fisioterapi terlatih dan kajian lebih lanjut seperti X-Ray dan MRI, kita mungkin tersalah memberi diagnosis sendiri atas sakit yang dialami. Dan ini adalah sesuatu yang mungkin membahayakan diri sendiri untuk jangkamasa yang lama. Tanpa pengesahan dari doktor, rawatan lanjutan yang bersesuaian mungkin tidak dapat dijalankan. 

Bagaimanapun, kita masih boleh mencegah dari mengalami simptom sakit belakang atau mencegah dari sakit menjadi semakin parah dengan mengetahui 3 PUNCA PALING UTAMA yang menyumbang kepada sakit di bahagian belakang.

1. Poor Posture
  • contoh spt sway back, kyphosis, lordosis, forward head
  • keadaan postur badan yang tidak betul akan menyebabkan komponen dalam badan manusia menjadi tidak stabil.


2. Bad Habit
  • Bad Habit yang saya maksudkan di sini ialah melibatkan keadaan badan ketika melakukan sesuatu pekerjaan/perbuatan.
  • contoh seperti cara mengangkat barang, cara berdiri, cara duduk, cara memandu kereta, cara menggunakan komputer dan telefon pintar, dan banyak lagi.
  • apabila kita melakukan sesuatu kerja/perbuatan dengan tidak ergonomik, badan akan mengalami ketidakstabilan dan mungkin memberi tekanan yang tinggi kepada tulang belakang.



3. Wrong Exercise
  • Ini juga merupakan punca sakit belakang yang agak selalu terjadi. 
  • Niat untuk melakukan senaman adalah bagus, tetapi jika melakukan tanpa menitikberatkan cara-cara yang betul dalam melakukan senaman boleh menyumbang kepada masalah sakit belakang.
  • Tanpa kawalan yang bagus pada 'Core Control Muscle', kita mungkin mencederakan tulang belakang serta komponen lain yang terlibat seperti ligament, tendon, disc (cakera tulang belakang) dan sebagainya.

So...dah tahu kan 3 faktor/punca utama sakit belakang ni? Boleh la lepas ni kita sama-sama cuba berusaha supaya kita tak mudah dapat sakit belakang. Senaman-senaman jugak, tapi biarlah betul ya.

Okay..setakat ni dulu perkongsian kali ini, InsyaAllah nanti kita jumpa lagi.

Terima kasih...















Comments