Perlukah makan PAINKILLER bila sakit????



Image result for pain killer



PAINKILLER
Anda sudah tentu terbiasa dengan perkataan ‘PAINKILLER’.  Tujuan ubat ini dicipta bagi melegakan sakit kepala,sakit sendi,sakit otot dan sebagainya. Terdapat banyak jenis ‘PAINKILLER’ yang terdapat dipasaran salah satu nya adalah PARACETAMOL.  Namun ada segelintir dari kita takut akan pengambilan ubat ini kerana takut akan kesan sampingan nya. Hari ini kita akan bahaskan tentang pengambilan ‘PAINKILLER’ dengan cara yang betul.

PUNCA SAKIT
Sakit merupakan isyarat badan  yang bertindak memberitahu bahawa system badan terganggu atau cedera. Sakit bukan lah sejenis penyakit namun ia diketegorikan sebagai gejala. Sakit boleh berpunca dari kecederaan fizikal seperti patah tulang ,terbakar atau terseliuh. Namun ada juga sakit berpunca dari kejadian semulajadi seperti  sakit contraction semasa dalam aktiviti sukan lasak.

BAGAIMANA SAKIT BERMULA


Sakit berlaku apabila terjadi sesuatu yang diluar kemampuan sel. Maka akan berlakulah tindak balas yang dikenali sebagai radang. Sel akan membebaskan sejenis bahan kimia yang dipanggil reseptor sakit. Reseptor sakit ini menghantar isyarat ke otak yang akan menterjemahkan isyarat sebagai rasa sakit.

BAGAIMANA PAINKILLER BERTINDAK BALAS
PAINKILLER akan menganggu perjalanan isyarat sakit yang sedang dipindahkan dari saraf ke otak dan seterusnya akan mengurangkan jumlah rasa sakit. Walaupun PAINKILLER tidak mengubati punca rasa sakit, ianya akan melegakan buat seketika dan membolehkan  pesakit meneruskan aktiviti hariannya.

PENGAMBILAN PAINKILLER
Dokter akan membekalkan PAINKILLER bergantung kepada sakit yang dialami.  Pengambil ubat ini secara betul sepertimana arahan doktor atau ahli farmasi dapat mengelakkan dari  ketagihan atau pun overdose. Dos yang biasa diberikan ialah 500mg tiga kali sehari selepas makan .

KEBAIKKAN PAINKILLER
Ada diantara kita lebih suka menahan kesakitan daripada mengambil PAINKILLER sehingga menjejaskan aktiviti hariannya. Dan akan ada diantara mereka mengalami demam dan paling membimbangkan adalah tekanan darah naik dan menyebabkan terjadi nya komplikasi penyakit yang lain.
PAINKILLER bertujuan untuk mengelakkan kita dari  menanggung sakit yang melampau  sehingga menyebabkan demam dan tekanan darah naik. Pengambilan ubat ini secara betul dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan.  Walaupun PAINKILLER  tidak menyembuhkan sakit itu sendiri, sekurangnya kita tidak perlu menanggung kesakitan itu terlalu lama, betul tak ?

 KESAN PENGAMBILAN PAINKILLER
Tidak dinafikan ubat ini mempunyai kesan sampingan. Namun ia menjadi bahaya jika kita terus menerus bergantung kepada nya sehingga menyebabkan ketagihan,dan beranggapan  sakit tidak akan sembuh jika ubat ini tiada. Kesan dari salah guna ubat ini akan timbul komplikasi buah pinggang dikemudian hari .  
Namun masyarakat hari ini gemar membuat andaian sendiri tentang kesan pengambilan ubat ini dan terlalu memikirkan akan keburukan ubat ini dari kebaikkan nya dek kerana kata kata orang yang tidak mempunyai asas perubatan. Persepsi ini lah yang perlu kita ubah.  Kesimpulan nya PAINKILLER akan memberi impak yang baik kepada pesakit jika diambil dengan cara yang betul dan  atas nasihat doktor.

Comments