Fisioterapi/Jurupulih Carakerja di Alor Setar

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kami ada menyediakan rawatan fisioterapi  dan jurupulih carakerja di Medyna Physio Centre. Malahan kami turut menyediakan khidmat di rumah anda bagi mereka yang memerlukan.

Rawatan fisioterapi amat sesuai untuk mereka yang:

  • mengalami sakit lenguh-lenguh di badan, tangan dan kaki.
  • sakit mencucuk di tulang belakang, atau di lutut dan sendi-sendi lain
  • kaki yang kerap bengkak serta berdenyut
  • jari susah untuk genggam dan membuka genggaman
  • kebas-kebas di tangan dan kaki
  • tulang belakang yang membengkok (cth: scoliosis)
  • mengalami kesukaran untuk melipat lutut ketika sembahyang
  • lepas menjalankan pembedahan lutut atau tulang belakang khususnya
  • lumpuh sebelah badan atau separuh badan ke bawah
  • lemah di bahagian kaki atau tangan
  • mengalami masalah kahak yang tidak dapat dikeluarkan
  • kanak-kanak yang mengalami lewat perkembangan fizikal

Selain itu, kami turut menawarkan khidmat terapi urutan untuk orang biasa juga orang lepas pantang yang dijalankan oleh terapis yang mempunyai sijil dan terlatih.

Bagi rawatan pemulihan carakerja, rawatan ini sangat sesuai bagi mereka yang:
  • menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti yang menjadi rutin harian (cth: makan, mandi, memasak) agar aktiviti yang dilakukan pulih kembali seperti biasa
  • mempunyai kesukaran dalam kemahiran kognitif serta manipulatif
  • mengalami masalah khususnya dalam penggunaan tangan (cth: memegang barang-barang yang kecil)
  • kanak-kanak yang mengalami masalah dalam memberi tumpuan kepada sesuatu tugas (cth: autism)
Untuk menghubungi pihak terapis Medyna, boleh call/sms/whatsapp ke 019-2449828 (HP), 04-7870223(O) atau 013-4850944 atau datang sendiri ke Medyna Physio Centre di No 28, Taman Vistana Indah, Jalan Langgar, 06500 Alor Setar, Kedah.

Untuk cara lebih mudah, anda boleh membuat temujanji terus menerusi link di bawah:



Comments