Bunion

Merupakan satu kecacatan tulang sendi pada pangkal ibu jari kaki.Tanda utama bunion adalah ibu jari menunjuk ke arah jari lain pada kaki yang sama, yang boleh memaksa tulang kaki yang melekat padanya (metatarsal pertama) melekat ke arah luar.

Gejala-gejala lain mungkin termasuk:
1) bengkak
2) benjolan tulang di pinggir luar kaki anda
3) sakit dan bengkak menjadi lebih teruk apabila memakai kasut
4) merah kulit yang disebabkan oleh ibu jari kaki anda dan kaki kedua bertindih
5) kulit sakit dan melecet di kawasan bunion
6) perubahan kepada bentuk kaki anda, menjadikan ia sukar untuk mencari kasut yang sesuai

Gejala-gejala ini kadang-kadang boleh menjadi lebih buruk jika tidak dirawat, jadi sebaiknya anda berjumpa dengan doktor. Ahli fisioterapi juga dapat membantu mengurangkan bengkak dan sakit akibat bunion.

Dalam beberapa kes, sinar-X boleh disyorkan untuk menilai keterukan bunion anda.

Sesiapa sahaja boleh mendapat bunion, tetapi lebih kerap di kalangan wanita berbanding lelaki. Ini mungkin kerana gaya kasut yang dipakai wanita.

Contoh bunion adalah seperti gambar di bawah.





..

Comments