SCOLIOSIS.. Bengkokkah tulang belakang kita???

APA ITU SCOLIOSIS??????

Assalamualaikum..Hai...

Hari ni saya nak ceritakan tentang scoliosis ataupun tulang bengkok.

Memang tulang belakang kita bengkok kan?

Ya, memang betul.. tapi yang ini bengkok sama ada ke kanan atau ke kiri dalam bentuk C ataupun S.



Scoliosis ni rata-rata yang kena ialah remaja perempuan dari umur 7 tahun ke atas. Kes scoliosis majoritinya adalah idiopatik (tak tahu sebabnya).

Apa-apa pun scoliosis ni bukanlah sejenis penyakit.. tetapi perlu dipandang serius.

Ok,

Sedikit INFO yang mahu kami kongsikan adalah,

Apakah tanda-tanda scoliosis?

1. Jarak antara siku dengan pinggang tak sama
2. Kepala tak selari dengan tulang belakang
3. Bahu tinggi sebelah
4. Badan sebelah belakang anda macam ada bonggol sikit
5. Tulang belakang nampak bengkok
6. Pinggang tinggi sebelah

Berdasarkan gambar di ini, kita boleh cuba check samada kita mempunyai scoliosis dengan cuba membongkokkan badan seperti rukuk. Kalau terdapat benjolan di bahagian belakang di sebelah badan, berkemungkinan kita mempunyai masalah scoliosis. Apa pun, untuk kepastian, perlu berjumpa dengan doktor atau mana-mana ahli fisioterapi yang diiktiraf.


Antara jenis-jenis scoliosis :

1. Idiopathic (punca tidak diketahui)
2. Congenital (scoliosis berlaku sejak di dalam rahim)
3. Neuromuscular (Kecacatan saraf tunjang dan otot)
4. Traumatic (kecederaan)

Kenapa perlu risau?

Sebab, semakin hari semakin tulang tu akan membengkok. Bila tulang belakang membengkok melebihi 50 darjah, akan menyebabkan tulang rusuk anda berubah bentuk dan menghimpit paru-paru anda.. lalu akan menyebabkan anda sukar untuk bernafas dan kemungkinan juga akan menyebabkan masalah dengan jantung anda. Lagi 1, anda akan berasa lenguh-lenguh pada bahagian belakang badan.

Bagaimana fisioterapi membantu?

1. Mengurangkan rasa sakit dan lenguh-lenguh badan
2. Membantu mengurangkan pembengkokan tulang belakang (bergantung kepada jenis scoliosis)
3. Memberi pendidikan mengenai postur badan yang betul dan mengelakkan keadaan yang lebih teruk
4. Mengajar senaman scoliosis dengan teknik betul

Ok, semoga sharing kali ini dapat membantu serba sedikit terutamanya kepada yang tertanya-tanya apa itu scoliosis.

Love your life...
Medyna Physiotherapy
019-2449828

Comments