ANGIN AHMAR / STROKE

assalamualaikum dan salam sejahtera semua..wah,dah lama betul x update blog medyna physio ni. sibuk betol cheq semenjak dua menjak ni. ampunn ya.

baiklah, kali ni saya nak berkongsi cerita sedikita sebanyak berkenaan stroke ataupun orang kita panggil angin ahmar.

mesti korang semua pernah dengar stroke ni kan? baru2 ni saya perasan ramai pesakit stroke yang datang ke centre dan fisio ke rumah untuk rawatan fisioterapi. hmm, mungkin musim stroke kot la ni. tu yang saya nak share sikit pasal stroke hari ni.

 stroke berlaku apabila tisu/sel otak mati. sebab apa sel otak boleh mati??

ada 2 sebab yang common :

       1) hemorrhagic : apabila salur darah dalam otak pecah dan berlakunya pendarahan dalam otak.

       2) ischemic   : terjadi sekatan atau penyempitan salur darah menyebabkan kurang bekalan darah ke                                otak

  Salur darah pecah dan menyebabkan bekalan darah ke bahagian otak putus. Sel yang tidak mendapat bekalan darah akan mati.  
  Salur darah menyempit dan bekalan darah ke bahagian otak tersepit. Lama kelamaan sel otak tersebut akan mati.


Punca/ risiko berlaku stroke: 

1. tekanan darah tinggi - tekanan darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko salur darah pecah.

2. tahap kolesterol tinggi - kolesterol akan melekat di sekeliling salur darah dan menyempitkan salur                                                   darah.

3. merokok - kerosakan pada jantung

4. obesiti - risiko tinggi untuk mendapat tekanan darah tinggi dan kencing manis.


 Tanda-tanda stroke : 

  • terasa lemah atau kebas pada bahagian muka, tangan/kaki, terutama pada sebelah badan (kiri/kanan)
  • kekeliruan dan kesukaran untuk bertutur atau memahami sesuatu. 
  • kabur penglihatan 
  • masalah pada pergerakan atau kawalan pergerakan ; kesukaran berjalan, pening, hilang keupayaan mengimbang.

Peranan FISIOTERAPI dalam pemulihan stroke :
  • Pada peringkat awal, kami akan menganalisa masalah yang dialami oleh pesakit. Setiap pesakit mempunyai masalah yang berbeza ye, walaupun hampir sama. 

  • Latihan terapi yang berterusan - pesakit stroke memerlukan latihan yang kerap untuk memulihkan semula fungsi-fungsi anggota badan yang terlibat. Ahli fisio akan mengajar pesakit/ penjaga pesakit teknik-teknik latihan yang mudah untuk dibuat di rumah setiap hari. 
  1. latihan kekuatan
  2. bed mobility (pergerakan atas katil)
  3. latihan berjalan (ambulation)
  4. balance training
  • Pemulihan semula ke aktiviti harian. (daily activities)
          - fisioterapis akan melatih pesakit mengurangkan kebergantungan (dependent) kepada penjaga
          - kami akan melatih pesakit supaya memaksimumkan kebolehan diri untuk melakukan aktivti                harian. 


gambar contoh: latihan berjalan untuk pesakit stroke. 




     Sekian sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Walaupun tak banyak, namun saya harap sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada pembaca mengenai stroke dan juga peranan FISIOTERAPI dalam merawat stroke. 


  Sekiranya para pembaca mempunyai sebarang pertanyaan dan masalah, jangan malu-malu untuk menghubungi kami di MEDYNA PHYSIO di 019-2449828 atau di fb kami Medyna Physio. 
  Sebarang pertanyaan adalah percuma. 



Comments