Rahsia 'disc' dalam setiap badan manusia..

'DISC' dalam badan manusia..

Assalamualaikum, salam sejahtera.. Tahukah tuan2 dan puan2? Di antara tulang belakang kita terdapatnya 'disc' yang penting dalam menyerap tekanan dan geseran. Walaubagaimanapun, ia semakin hari semakin menipis dan terhakis disebabkan beberapa faktor seperti usia yg meningkat, geseran dan tekanan berulang kali, berat badan yang berlebihan, postur badan yang salah, kurang air dalam badan dan kecederaan pada tulang belakang.

Gambar di bawah adalah gambar 'disc' tulang belakang yang normal.



Apabila terdapat masalah pada 'disc' kita, badan mungkin mengalami masalah seperti sakit pada belakang/pinggang (spt mencucuk, lenguh, pedih, dll), kebas pada kaki, bunyi 'pop' pada tulang belakang, dan mungkin alami masalah tidak dapat tidur malam kerana terlalu sakit.

Mari lihat antara gambar 'disc' yang bermasalah.

Sakit yang dialami mungkin disebabkan degenerative disc di mana jarak antara tulang semakin rapat atau 'disc' semakin haus. Selalunya disebabkan faktor umur yg meningkat atau penggunaan yang berlebihan. Apabila disc menipis, maka tulang spinal atas dan bawah akan bergeseran, dan menyebabkan sakit sengal dan tajam.

Bulging disc boleh disebabkan oleh postur atau ergonomik badan yang tidak normal seperti terlalu banyak membongkok badan dan mengangkat barang yang berat. Keadaan ini akan menyebabkan disc terkeluar dari kedudukan asal dan menekan saraf atau ligamen.

Disc yang rosak (degenerative) juga dikenali sebagai herniated disc dimana disc perlahan-perlahan menjadi haus dan kurang kadar fleksibiliti serta mudah pecah. Semakin usia kita meningkat, cakera tulang belakang akan kehilangan kandungan air. Yang mana menjadikan disc kurang fleksibel dan lebih cenderung untuk mengoyak atau pecah dengan strain walaupun dengan tekanan kecil atau sentuhan.

Mendapatkan pemeriksaan doktor lebih awal dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang punca sakit belakang. Dengan itu, ahli fisioterapi dapat merancang pelan rawatan yang sistematik dalam membantu mengurangkan simptom sakit serta membantu mencegah daripada keadaan bertambah teruk. 

Ramai tidak tahu, sakit belakang tidak akan baik selagimana pesakit tidak menjaga postur dan ergonomik badan yang betul. Untuk kesan terbaik, pengetahuan menjaga tulang belakang amat-amatlah penting. Teruskan membaca tentang cara menjaga tulang belakang di dalam buku, suratkhabar, dan internet, agar kita dapat mencegah daripada sakit belakang, dan dapat mengubati sakit belakang bagi mereka yang sudah mempunyai masalah ini.

Segera berjumpa dengan ahli fisioterapi untuk mendapatkan tip2 penjagaan tulang belakang serta rawatan fisioterapi.

Jom kita ikuti kempen "SIT TALL, STAND TALL" bagi membantu disc kita mengurangkan tekanan keatasnya. Sayangi disc kita, kurangkan faktor yang memberi tekanan lebih pada disc. 


Caranya.. Cuba bayangkan anda inginkan tinggi yang maksimum.. maka anda akan cuba tegakkan badan dan sekaligus anda telah membantu mengurangkan tekanan pada disc anda. Selamat mencuba! =)


Terima Kasih.




Comments