Kebas Tangan.. Adakah ia Normal???

OH, TANGAN KEBAS!!! BAHAYAKAH????

Pernah tak anda mengalami rasa kebas di bahagian tangan? lebih2 lagi apabila anda memegang tetikus, menaip di komputer, atau sedang membawa kereta? Adakah kebas2 ini sesuatu yang membahayakan? Jom kita check di sini, apakah punca rasa kebas2 di bahagian tangan dan apakah cara untuk mengatasinya...

                                                         

Gejala/Tanda/Simptom Kebas Tangan (Sindrom Carpal Tunnel) 

1. Kita akan rasa kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tapi tidak pada jari kelingking. 
2. Biasanya, rasa kebas tangan ni akan lebih kuat bila kita memandu, pegang objek seperti suratkhabar, telefon, jarum dan masa bangun dari tidur. 
3. Biasanya…kalau rasa kebas tangan, kita akan goyangkan tangan atau urutkan jari-jari tangan untuk kurangkan rasa kebas, tapi esoknya rasa kebas tetap terasa juga. 
4. Pesakit ni biasanya akan rasa kesakitan bermula pada sendi pergelangan tangan hingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya lepas kita guna tangan tanpa henti atau menggunakannya dengan kuat. 
5. Rasa kebas tangan ni boleh sebabkan kita rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang kita pegang terjatuh. Punca Kebas Tangan | Petua Kesihatan

Antara Punca/Penyebab Kebas Tangan


  • Terlalu lama dalam sesuatu posisi
  • Penggunaan tangan yang berlebihan contohnya kerja menaip. Punca Kebas Tangan | Petua Kesihatan
  • Guna tangan berulang-ulang dengan kuat contohnya kerja di kilang jentera berat atau mesin yang bergetar berterusan. Punca Kebas Tangan | Petua Kesihatan
  • Faktor jantina. Wanita berisiko 10 kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki. Agaknya sebab mereka yang banyak buat kerja rumah? 
  • Faktor umur. Biasanya mudah berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas. Punca Kebas Tangan | Petua Kesihatan
  • Kurang pengaliran darah di kawasan tersebut
  • Kurang kalsium, potasium, dan sodium dalam badan
  • Kurang vitamin B12 dan lain2 vitamin
  • Terapi radiasi
  • Gigitan binatang atau serangga
                                         
Antara Rawatan untuk Masalah Kebas Tangan

  • Memakai 'night splint' untuk beberapa minggu
  • Elakkan dari baring di atas tangan yang kebas
  • Aplikasi rawatan panas/sejuk di tempat yang kebas (dapatkan nasihat ahli fisioterapi)
  • Menggunakan 'mouse pad' ketika menggunakan tetikus semasa di pejabat/rumah
  • Kurangkan aktiviti menggunakan tangan yang sakit/kebas
  • Ubat / suntikan anti radang
  • Pembedahan (cth: carpal tunnel release)
  • Senaman (dapatkan preskripsi senaman dari ahli fisioterapi atau jurupulih carakerja)
Hubungi ahli fisioterapi kami di Medyna Physioterapy Centre untuk keterangan lanjut dan rawatan dengan secepat mungkin.

Medyna Physio Centre,
Jalan Langgar, Alor Setar.
019-244 9828









Comments